Kejohanan Golf Amal SEC berjaya kumpul RM200,000

1 Nov 2026 • 9:19 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kejohanan Golf Amal SEC berjaya kumpul RM200,000

Kota Kinabalu: Seramai 120 pemain tampil untuk menjayakan Kejohanan Golf Amal SEC pada Sabtu, yang dianjurkan oleh Sabah Energy Corporation Sdn Bhd (SEC) di Sutera Harbour Golf and Country Club, demi satu tujuan murni.

Daripada jumlah RM200,000 yang berjaya dikumpul melalui penajaan dan yuran penyertaan, sebanyak RM150,000 akan disalurkan kepada Yayasan Amal Sabah. Baki RM50,000 pula akan disalurkan kepada badan-badan amal lain di negeri ini, yang akan dikenal pasti kelak.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Ir. Ts. Adzmir Abd. Rahman, berkata kejohanan yang bertemakan “Swing with Purpose, Drive for Impact” ini telah menghimpunkan para penaja, rakan niaga dan peserta untuk menyokong usaha kebajikan, di samping mengeratkan hubungan melalui sukan tersebut.

“Inisiatif ini mencerminkan komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) SEC dalam menangani keperluan komuniti serta memastikan usaha pembangunan negeri memberi manfaat secara langsung kepada rakyat Sabah,” katanya.

“Tanggungjawab untuk membangunkan Sabah sudah semestinya merangkumi usaha menjaga kesejahteraan rakyatnya. Terdapat keluarga yang memerlukan sokongan untuk memenuhi keperluan asas, kanak-kanak yang memerlukan peluang untuk meneruskan pendidikan, serta individu yang sedang membina semula kehidupan mereka selepas ditimpa bencana.

“Bantuan yang bermakna bermula dengan memahami keperluan-keperluan ini, menyalurkan bantuan dengan penuh maruah, serta menguruskannya secara bertanggungjawab.”Beliau menambah kejohanan amal ini melengkapkan inisiatif-inisiatif SEC yang sedang berjalan dalam bidang pendidikan, kebajikan dan pemuliharaan alam sekitar, yang dirangka khusus untuk memenuhi keperluan komuniti yang sentiasa berkembang.

Beliau turut menegaskan bahawa kepercayaan yang diberikan oleh para penaja dan peserta kepada SEC merupakan satu tanggungjawab yang dipandang serius oleh pihak mereka.

“Setiap sumbangan adalah satu amanah. Kami amat menghargai kepercayaan ini dan komited sepenuhnya untuk memastikan semua derma diuruskan secara bertanggungjawab serta disalurkan khusus untuk tujuan kebajikan yang telah ditetapkan.”Beliau merakamkan penghargaan tulus ikhlas kepada penaja Platinum, Sepangar Bay Power Corporation Sdn. Bhd.; penaja Emas, Supreme LNG, Gamuda Berhad, dan Sistem Konsult Sdn. Bhd.; serta semua penaja Perak, penyumbang, dan pasukan yang telah menyertai dan menjayakan kejohanan serta usaha amal ini.

Beliau turut menambah kejohanan tahun hadapan berkemungkinan akan diperluas bagi menampung mereka yang tidak berpeluang menyertai acara tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved