Kejohanan Golf La Salle Fellowship 17 Ogos ini

5 Aug 2023 • 12:53 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Bekas pelajar La Salle digesa mengambil bahagian dalam kejohanan Golf La Salle Fellowship yang akan diadakan di Sutera Harbour Marina Golf and Country Club pada 17 Ogos bermula jam 7.30 pagi.

Kejohanan yang diadakan sempena majlis makan malam tahunan La Salle yang dijadual diadakan pada minggu sama itu juga menjadi saluran untuk bekas-bekas pelajar berkumpul dan mengukuhkan ukhuwah di La Salle.

Jawatankuasa penganjur diketuai bersama oleh Datuk Shariman Abdullah dan Shiak Vui Ming.

Hadiah menarik ditawarkan untuk tiga pasukan terbaik, tujuh pemain senior terbaik (65 tahun ke atas) dan lima individu dengan markah tertinggi.

SPONSORED CONTENT K.T.I. achieves RM140 million sales Kota Kinabalu: K.T.I. Sdn Bhd’s The Logg, Luyang has launched Easy Care, its brand-new hospitality initiative, which aims to elevate the living experience by providing an all–in-one care to its residents at Shorea n Astoria. Read more Yuran adalah RM200 bagi bukan ahli kelab Sutera dan RM100 untuk ahli dengan tarikh tutup ditetapkan pada 15 Ogos.

Mereka yang berminat dan memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Shahriman Abdullah (019 880 6808), Shiak Vui Ming (016 831 3168), James Ong (016 810 6161) dan Richard Stidi (016 832 7994).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.