Malaysia jadi lokasi terakhir ‘world tour’ Alan Walker, bakal gegar KL 17 September ini

Music
3 Aug 2023 • 4:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Malaysia akan menjadi lokasi menutup tirai bagi jelajah dunia “Walkerverse” Alan Walker yang bakal berlangsung pada 17 September 2023 ini.

Konsert anjuran Star Planet itu akan diadakan di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur jam 8 malam dan tiket akan mula dijual bermula 9 Ogos ini jam 2 petang.

image is not available

Mula di Eropah, berakhir di Malaysia…

World Tour “Walkerverse” ini telah memulakan jelajahnya di Eropah, Amerika Utara dan bandar-bandar utama di Asia dengan keajaiban hasil muzik Alan Walker yang menyatukan orang ramai melalui electronic dance music (EDM).

Jelajah ini merupakan satu gabungan dengan peminat yang datang dari pelbagai latar belakang berbeza untuk menyelami perjalanan euforia yang merupakan pengalaman “Walkerverse”.

image is not available

Jaminan keterujaan sepanjang konsert!

Dengan menjanjikan suasana keterujaan dan penantian yang tiada tandingan, peminat akan merasakan malam tersebut sudah tentu menjadi keseronokkan yang paling memorable buat semua peminat.

Alan Walker akan menyerikan pentas Axiata Arena dengan gabungan melodi memikat hati selain visual yang canggih.

image is not available

Dengan kemunculan single hit pertama pada 2015 yang berjudul ‘faded’, dia telah memberikannya pencalonan dalam Anugerah BRIT untuk Lagu Terbaik dan Alan telah memainkan lebih daripada 650 rancangan dan festival utama.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini dengan dapatkan tiket yang berharga RM258 hingga RM788. Untuk maklumat lanjut, layari www.starplanet.com.my atau hubungi +60392233667.