Kejohanan Karate Shitoryu Zon Malaysia Timur 2023 : Shitoryu Sabah rangkul 33 pingat

13 Dec 2023 • 4:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kontinjen Persatuan Karate Shitoryu Sabah (Shitoryu Sabah) mengharumkan nama negeri apabila berjaya membawa pulang 33 pingat pada Kejohanan Karate Shitoryu Zon Malaysia Timur 2023 (EMZSK 20-23) di Permy Mall Miri, Sarawak, Ahad lalu.

Difahamkan, skuad daripada 17 pasukan yang bertanding itu membawa pulang enam emas, 11 perak dan 16 gangsa dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan acara yang diadakan selama dua hari bermula 9 sehingga 10 Disember lalu.

Pegawai Perwakilan Pasukan merangkap Presiden Shitoryu Sabah, Gesiri Gambung berkata, beliau berpuas hati dan gembira dengan keputusan keseluruhan yang diperolehi.

“Menerusi kejohanan sukan ini (karate), ia sekali gus memberi kami peluang untuk membina hubungan yang sangat baik antara atlet, ibu bapa dan jurulatih apabila kami berjalan beriringan seperti sebuah keluarga besar di Shitoryu Sabah.

“Malahan, atlet kita juga menunjukkan disiplin serta semangat yang tinggi dan saya anggap ia satu langkah awal untuk perjalanan yang panjang sebelum kami akan kembali lebih kuat pada kejohanan tahun hadapan,” katanya ditemui di sini, pada Selasa.

Menurutnya, mereka komited dalam fasa pembangunan atlet Shitoryu Sabah dan berharap untuk mencapai sasaran dengan melahirkan atlet berprestasi terbaik dalam masa dua tahun.

“Terima kasih pihak penganjur EMZSK 20-23, Shitoryu Miri atas layanan mesra dan ibu bapa atlet serta penyokong atas sokongan dan motivasi tanpa syarat mereka,” ujarnya.

Antara senarai pemenang pingat emas Shitoryu Sabah ialah Muhammad Dayyan (kata lelaki 8-9 tahun), Inara Nadeera (kumite perempuan 7 tahun dan ke bawah), Hans Joseph J. (kumite lelaki 10-11 tahun), Jacquiline Jean L. (kumite perempuan 12-13 tahun), McRoyce Donovan (kumite senior lelaki -75kg) dan Tomre Howell (kumite senior lelaki -84kg).

Sementara itu, pingat perak diperoleh daripada Inara Nadeera (kata perempuan 7 tahun dan ke bawah), Inas Naaila (kata perempuan 8-9 tahun), Nur Alya Ajla (kata perempuan 12-13 tahun), Sylisaac Immanuel S. (kata lelaki 8-9 tahun) dan Deo Clarence T. (kata lelaki 12-13 tahun).

Selain itu, Charity Bea G. (kumite perempuan 7 tahun dan ke bawah), Haylen Joelle Z. (kumite perempuan 8-9 tahun), Lisa Mahrain B. (kumite perempuan 10-11 tahun), Elyseo Gabriel. (kumite lelaki 12-13 tahun), Claire Via (kumite kanan wanita -55kg) dan Primus Sunning (kumite lelaki veteran).

Bagi pingat gangsa pula diperolehi Reavelle Adelaide (kata perempuan 10-11 tahun), Luxorius L. (kata lelaki 8-9 tahun), Edzmyzra Iman (kata lelaki 8-9 tahun), Hans Joseph J. (kata lelaki 10-11 tahun), Hyeonzye H. (kumite perempuan 10-11 tahun), Sylisaac Immanuel S. (kumite lelaki &-9 tahun), Grebradley Bryan G. (kumite lelaki 12-13 tahun) dan Jessyline Jane L. (kumite wanita 12-13 tahun).

Selain itu, Larresca Jayne H. (kata & kumite kadet wanita), Gregory Benn G. (kata kadet lelaki), Joali B. (kumite senior wanita +61kg) dan Oswald M. (kumite senior lelaki -55kg).

Manakala acara tambahan yang dinobatkan pingat gangsa adalah kata pasukan wanita (Donovee, lqma Nadzureen, Reavelle Adelaide), kata pasukan lelaki (Grebradley Bryan, Gregory Benn, Keywell) dan kumite pasukan campuran (Thiery, Lea Jayne, McRoyce, Joali, Tomre).

Kontinjen terbabit diwakili oleh 45 orang atlet dan disertai lebih 30 ibu bapa serta penyokong yang diketuai oleh Pegawai Perwakilan Pasukan, Gesiri Gambung.

Turut mengiringi ialah Pengurus pasukan, Kyoshi Thomas Chong dan Jesyntha Chong, Jurulatih Pasukan iaitu Malcom Marwill dan McRoyce Donoval Dagul serta pasukan dilantik Team Physio, Sufie Kudien.

Pengadil mewakili Shitoryu Sabah, Renshi John Jikum, Sensei Thomas Olin dan Sensei Primus Sunning.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.