Kejohanan lahir lebih ramai juara Muaythai

10 Jun 2025 • 8:36 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: GL Oh

Kota Kinabalu: Persatuan Muaythai Sabah berada di landasan tepat untuk melahirkan lebih ramai juara pada masa hadapan apabila Sabah Muaythai Expo-Rookie Challenge anjurannya berjaya diadakan hujung minggu lalu di Revolution Combat Gym (Pusat Latihan Muaythai Negeri) di Penampang.

Seramai 139 peserta berusia 14 hingga 20 tahun dari 22 gim seluruh negeri mengambil bahagian dalam pertandingan dua hari itu yang terbuka kepada mereka yang mempunyai pengalaman kurang daripada lima perlawanan.

Jurulatih negeri Cyrille Dhillon Tahing yang mencetuskan inisiatif ini berkata, matlamat utama acara itu adalah untuk membina asas akar umbi yang kukuh dalam sukan itu serta memberi peluang kepada atlet yang akan bertanding dalam Sukan Sabah (Saga).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Matlamat utama kami bukan sekadar mencari pemenang, tetapi untuk membina asas yang kukuh bagi pembangunan sukan Muaythai di negeri ini.

“Ramai di luar sana mempunyai potensi besar tetapi mereka tidak mempunyai peluang untuk membuktikan kebolehan dalam suasana pertandingan yang kompetitif, terutamanya atlet baharu.

“Atas dasar itu, Rookie Challenge diwujudkan sebagai platform pertama mereka untuk bertemu lawan setaraf dalam persekitaran yang terkawal, selamat dan profesional.

“Saya percaya daripada acara ini, juara masa depan akan lahir dan membawa nama Sabah ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

“Ini juga merupakan antara langkah strategik untuk membantu persiapan atlet menjelang Sukan Sabah (Saga XI) di Tawau.

“Saya mahu mereka lebih bersedia, yakin dan berpengalaman apabila mewakili daerah atau pasukan masing-masing kelak,” katanya.

Presiden Hj Nazri Abd Razak turut berpuas hati dengan sambutan positif yang diterima dan berkata kejohanan itu memainkan peranan penting dalam mengukuhkan ekosistem Muaythai di Sabah.

“Melalui pertandingan akar umbi seperti ini, kita bukan sahaja memberi peluang kepada bakat baharu untuk menyerlah tetapi juga menanam minat mendalam terhadap sukan tempur dalam kalangan generasi muda.

“Rookie Challenge diwujudkan khusus untuk atlet amatur kita bertanding di pentas besar dengan sistem pengadilan profesional dan standard pertandingan yang tinggi.

“Kita mahu membina keyakinan dan mentaliti juara sejak awal lagi kerana kita percaya setiap juara bermula dari bawah,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakan strategik termasuk Milo Malaysia, para penaja, jurulatih dan semua peminat Muaythai di negeri ini atas sokongan berterusan mereka.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kapayan Jannie Lasimbang yang merasmikan majlis pembukaan, mengucapkan tahniah kepada badan negeri dan semua yang terlibat kerana berjaya menganjurkan acara tersebut.

“Sebagai wakil rakyat, saya berasa sangat bangga melihat usaha seperti ini – yang bukan sahaja mengangkat martabat Muaythai, tetapi turut membawa impak besar terhadap pembangunan sahsiah anak muda.

“Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan gangguan dan godaan. Tekanan sosial, akses mudah kepada bahan terlarang dan pengaruh negatif yang berleluasa – semua ini adalah realiti yang tidak boleh kita pandang ringan, terutamanya di kawasan seperti Penampang.

“Saya percaya jika kita mahu melihat masyarakat yang kuat dan makmur, kita perlu bermula dari asas. Kejohanan seperti ini adalah langkah penting ke arah itu,” katanya.