Kejohanan Skuasy Dunia: Sivasangari, Eain Yow mara pusingan dua

10 May 2024 • 10:52 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 10 MEI: Pemain skuasy wanita negara S. Sivasangari menepati ramalan apabila mudah melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Kaherah, Mesir hari ini.

Berbekalkan momentum muncul juara Kejohanan Skuasy Klasik London bulan lepas, atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.

Menanti Sivasangari di pusingan kedua antara wakil Kanada Nicole Bunyan dan wakil Amerika Syarikat Caroline Fouts, yang akan bertemu dalam satu lagi aksi pusingan pertama hari ini.

Seorang lagi wakil wanita negara Noor Ainaa Amani Ampandi pula terkandas selepas tunduk kepada Marie Stephan dari Perancis 10-12,11-7,12-10,11-7.

Bagi kategori lelaki, Ng Eain Yow turut melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan wakil Perancis Baptiste Masotti 11-9,11-8,11-5, sekali gus menempah pertemuan dengan wakil Jepun Ryunosuke Tsukue di pusingan kedua.

— BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved