Kejutan! Kekalahan paling malu dalam sejarah, Arsenal tersingkir

FootballSports
28 Oct 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kejutan! Kekalahan paling malu dalam sejarah, Arsenal tersingkir

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, berputih mata apabila tersingkir dalam Piala Liga Inggeris (EFL) selepas tewas di tangan kelab dari divisyen keempat, Fleetwood, menerusi penentuan sepakan penalti 3-5 awal pagi tadi.

Kemenangan bersejarah tuan rumah itu menjadi bualan hangat susulan mengheret permainan ke penentuan sepakan penalti hasil keputusan terikat 1-1 sepanjang tempoh 90 minit perlawanan.

Sembilan pertukaran dalam kesebelasan utama The Gunners memakan diri, dan akhirnya terlepas misi merangkul gelaran kejohanan itu musim ini.

— Arsenal (@Arsenal) October 27, 2026

Untuk rekod, kali terakhir skuad kendalian Mikel Arteta memenangi EFL pada 1993, satu tempoh 33 tahun yang cukup lama dan nampaknya penantian berterusan buat Arsenal.

Arsenal pernah tewas kepada pasukan divisyen keempat, Bradford, pada 2012 selain kekalahan final EFL di tangan pasukan divisyen ketiga, Swindon, pada 1969. 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved