Kekacauan Mexico: Wisma Putra Pantau Rapi, Rakyat Malaysia Dinasihatkan Berwaspada

24 Feb 2026 • 7:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kementerian Luar Negeri menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Mexico supaya sentiasa berwaspada dan berhati-hati pada setiap masa, terutamanya di kawasan yang sedang menjalani operasi keselamatan, susulan insiden keganasan yang berlaku baru-baru ini.

Wisma Putra Pantau Rapi

image is not available

“Kementerian Luar Negeri, melalui Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City, sedang memantau rapi situasi keselamatan yang tidak menentu di Mexico.
“Kedutaan telah mengeluarkan nasihat perjalanan yang menggesa rakyat Malaysia yang kini menetap atau melancong ke Mexico supaya sentiasa berwaspada, berhati-hati dan berhemah pada setiap masa, terutamanya di kawasan yang sedang menjalani operasi keselamatan.

image is not available

“Rakyat Malaysia juga dinasihatkan untuk mematuhi semua arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
“Pihak Kedutaan turut mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia yang terlibat atau terjejas berikutan insiden tersebut,” menurut kenyataan Wisma Putra.

Tegas Wisma Putra, pihaknya akan terus memantau perkembangan semasa dan sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan maklumat terkini.

Rakyat Malaysia di Mexico yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Mexico City melalui Telefon/WhatsApp: +6016-810 0579 / (52-155) 2080 8355 atau emel mwmexico@kln.gov.my.

image is not available

Ahad lalu, kematian ketua kartel dadah terkenal Mexico, Nemesio Ruben Oseguera Cervantes atau ‘El Mencho’, mencetuskan gelombang keganasan besar-besaran yang dilaporkan telah melumpuhkan sekurang-kurangnya 20 daripada 32 negeri di negara itu.

Sumber: FB Wisma Putra

The post Kekacauan Mexico: Wisma Putra Pantau Rapi, Rakyat Malaysia Dinasihatkan Berwaspada appeared first on Borak Daily.