Kekal bebas atau jalani hukuman, nasib Syed Saddiq diketahui hari ini

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 8:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kekal bebas atau jalani hukuman, nasib Syed Saddiq diketahui hari ini
Syed Saddiq. Foto: Asril Aswandi Shukor
Image from: Kekal bebas atau jalani hukuman, nasib Syed Saddiq diketahui hari ini
Hisyam (dua dari kanan) tiba di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada Isnin.

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini menentukan nasib Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sama ada beliau kekal bebas atau dijatuhi hukuman atas pertuduhan pecah amanah.

Pagi ini, berlangsung prosiding di Mahkamah Persekutuan di sini yang dijangka memberi keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).

Keputusan itu akan diketahui selepas kes ini ditangguhkan pada 30 Jun lalu, apabila seorang daripada tiga hakim panel terbabit mengambil cuti sakit.

**media[3580506]**

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan membabitkan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan terhadap Syed Saddiq yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan itu pada jam 9 pagi.

Sepanjang prosiding rayuan kes itu, pasukan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, Datuk Ahmad Akram Gharib dan Farah Ezlin Yusop Khan, manakala Syed Saddiq diwakili peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

Sekiranya rayuan akhir oleh pendakwaan dibenarkan, Syed Saddiq akan terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman penjara tujuh tahun.

Hukuman penjara itu boleh ditambah lagi empat tahun sekiranya Syed Saddiq gagal membayar denda RM10 juta yang turut dikenakan terhadapnya.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved