Kekal pendirian! Loke tegaskan Malaysia tak akan tunduk desakan 8 Ahli Kongres AS

LocalPolitics
22 Jul 2026 • 5:27 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan Malaysia tidak akan tunduk terhadap desakan lapan Ahli Kongres Amerika Syarikat yang meminta negara itu menyemak semula hubungan dengan Malaysia susulan beberapa keputusan yang dibuat kerajaan.

Jemaah Menteri & kerajaan kekal pendirian

Memetik laporan daripada Harian Metro, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan perkara tersebut telah dimaklumkan kepada jemaah menteri dan kerajaan mengambil pendirian untuk tidak akur dengan sebarang tekanan daripada pihak luar.

Image from: Kekal pendirian! Loke tegaskan Malaysia tak akan tunduk desakan 8 Ahli Kongres AS

Malaysia negara berdaulat

Menurut beliau, Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat dan setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan negara serta rakyat, bukannya disebabkan desakan daripada mana-mana pihak.

“Jemaah Menteri sudah dimaklumkan tetapi kita sudah buat keputusan kekal dengan pendirian, tidak perlu patuh dengan desakan negara luar.
“Keputusan bukan sebab desakan negara luar tetapi berdasarkan kepentingan negara dan rakyat,” katanya ketika ditemui pada program santai di Kampung Chennah, hari ini.

Image from: Kekal pendirian! Loke tegaskan Malaysia tak akan tunduk desakan 8 Ahli Kongres AS

Terdahulu, lapan Ahli Kongres AS dilaporkan menghantar surat kepada Setiausaha Negara AS, Marco Rubio dengan menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengusir segera rakyat Israel yang berada di Malaysia.

Mengulas perkara itu, Loke menyatakan keputusan Perdana Menteri tersebut menunjukkan ketegasan kerajaan dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Beliau menegaskan Malaysia akan terus membuat keputusan berdasarkan kepentingan rakyat tanpa dipengaruhi tekanan atau desakan daripada negara lain.

Sumber: Harian Metro (Abnor Hamizam Abd Manap)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved