Kekal Positif, Perceraian Artis Tak Buat Azira Shafinaz Takut Kahwin - “Setiap Orang Lalui Kesukaran Hidup…”

15 Oct 2024 • 9:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Azira Shafinaz tidak bimbang untuk berkahwin walaupun banyak kes perceraian yang berlaku dalam kalangan selebriti tanah air.
 

Mahu kekal positif, tak takut kahwin

Menurut Azira, setiap pasangan pasti akan berdepan dengan pelbagai dugaan dalam melayari rumah tangga namun dia mahu kekal positif dan tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara itu.

"Tidak terganggu ataupun beri kesan kepada saya. Setiap orang melalui bermacam kesukaran hidup. 

"Saya sendiri tidak ambil perkara tersebut sebagai satu benda yang boleh menakutkan saya untuk ke alam perkahwinan. 

"Bagi saya, cuma doakan semoga saya cepat kahwin," katanya.

 

Azira berkata demikian ketika ditemui semasa sesi penggambaran One Cent Thief 2 baru-baru ini. 

 

Mahu fokus kerjaya 

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangan untuk menamatkan zaman bujang, anggota kumpulan De Fam itu tiada jawapan tepat kerana fokusnya lebih tertumpu kepada kerjayanya. 

"Buat masa ini belum lagi (perancangan kahwin). Doakan untuk saya sebab saya memang dah bersedia. 

"Kalau nak kata berbincang, memang dah lama memperincikan hal ini tetapi kalau ada, ada lah. 

"Buat masa sekarang saya tumpukan sahaja kepada diri sendiri dan karier. Apa-apa akan didedahkan nanti kalau sudah tiba masanya," ujarnya.

 

Sebelum ini, Azira pernah memaklumkan dia menunggu masa paling tepat untuk bergelar isteri kepada lelaki yang dikenalinya sejak 12 tahun lalu. 

 

 

 

Malah pada September tahun lalu, dia juga pernah memberi bayangan seolah-olah bakal mengakhiri zaman bujang apabila berkongsi ucapan istimewa buat kekasihnya.

Kemudian pada awal 2023 pula, Azira pernah mendedahkan hatinya sudah dimiliki dan bahagia menyulam kasih.