'Kekal tenang, kita masih di hadapan' - Abdul Hadi

Politics
24 Nov 2022 • 9:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abdul Hadi Awang

SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Abdul Hadi Awang meminta penyokong parti itu kekal tenang buat masa ini.

Menurutnya, pimpinan parti sedang mengusahakan sesuatu dan menegaskan masih di hadapan.

"Kekal tenang. Kita sedang usahakan. Kita masih di hadapan.

"Mereka merancang. ALLAH merancang. Kita di pihak yang benar. Insya-ALLAH kita terpelihara, negara terpelihara," katanya dalam kenyataan di laman Facebooknya pada Khamis.

Kenyataan Abdul Hadi itu dipercayai merujuk kepada pembentukan kerajaan Persekutuan dan pemilihan Perdana Menteri ke-10.

Ia selepas BN memutuskan menyokong dan mengambil bahagian dalam kerajaan Perpaduan yang bukan diterajui PN.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved