
Wanita dikenali sebagai Sarah Yasmine memohon maaf kepada Bella Astillah kerana telah menjalinkan hubungan dengan Aliff Aziz.
Menerusi satu pendedahan panjang lebar di Instagram, Sarah yakin Bella sebagai isteri tahu akan kewujudannya sebagai kekasih dalam hidup Aliff Aziz.

Namun, wanita ini berasa tertipu mendakwa pelakon berkenaan telah menjalinkan hubungan cinta bersama Ruhainies dalam masa yang sama.

Dakwa Sarah lagi, Aliff seolah-olah kena ‘brainwash’ dan apa yang dilakukannya selama ini demi melindungi Ruhainies.
Wanita ini mendakwa lagi, dia mempunyai bukti perbualan perancangan Ruhainies untuk menjatuhkan Bella dan mempengaruhi Aliff Aziz membuat perkara tidak sepatutnya.


Sebagai manusia biasa, Sarah mengaku tidak lari daripada kesilapan. Dia sebagai seorang kekasih cuba untuk ‘menyelamatkan’ Aliff Aziz kerana tak sanggup melihat pelakon itu dikecam sedangkan Ruhainies yang menjadi dalang.
Kredit: Instagram Sarah Yasmine
