Kekasih Terharu Yazmin Aziz Terbang Ke Filipina Demi Sambutan Monthsary – “Hargai Pengorbanannya”

EntertainmentLifestyle
22 Aug 2025 • 11:08 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi muda Yazmin Aziz sanggup terbang dari Malaysia ke Filipina semata-mata untuk meraikan ulang bulan percintaannya atau monthsary bersama kekasihnya, Simon Joseph Javier.

Menerusi satu hantaran di Threads, Simon meluahkan rasa terharu dengan kejutan istimewa itu dan memuji usaha Yazmin yang dianggap penuh makna.

 

View on Threads

 

Tulisnya,

Tiada yang lebih indah daripada kejutan bila insan tersayang tiba-tiba muncul di depan mata. Dia sanggup datang jauh dari Malaysia ke Filipina hanya untuk bersama saya. Saya sangat hargai setiap pengorbanannya, sayang. Cara awak tunjukkan kasih sayang benar-benar bermakna buat saya.

Dia turut mengakui hubungan jarak jauh yang dijalani tidak mudah, namun cinta mereka lebih kuat dan mampu mengharunginya bersama. Malah, Simon turut berjanji mahu membuat kejutan balas untuk Yazmin pada masa akan datang.

Sebelum ini, Yazmin mendedahkan mereka mula berkenalan melalui media sosial dan dia terpikat dengan sikap penyayang serta peribadi positif Simon yang juga seorang duda anak satu.

image is not available 2025-07-28 09:24:02

Yazmin Aziz 'Tercium' Kekasih Kerana Teruja?