‘Kekok vs Bagus’, Kemunculan BoA Sebagai Antagonis Dalam ‘Marry My Husband’ Jadi Bualan

Entertainment
6 Feb 2024 • 11:37 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Ada watak baru dalam “Marry My Husband”!

Bermula episod kelmarin, BoA telah muncul dalam drama itu dengan watak Oh Yu-ra iaitu seorang antagonis yang sombong kerana merupakan cucu keluarga kaya. Dia juga merupakan watak yang terlalu obses dengan Yoo Ji-hyeok (Na In-woo) dan percaya bahawa mereka sudah bertunang.

Selepas itu, dalam kalangan pengguna internet, terdapat komen bahawa lakonan BoA agak terasa kekok, sementara terdapat juga pujian bahawa watak Oh Yu-ra telah didalami dengan baik. Ada pendapat yang menyatakan bahawa intonasi dan ekspresi lakonannya terasa tidak semulajadi dan mengganggu penghayatan, tetapi ada juga pendapat yang menyatakan bahawa masih terlalu awal untuk mengkritik lakonan penyanyi itu.

Dengan kejayaan pelakon-pelakon antagonis seperti Lee Yi-kyung dan Song Ha-yoon dalam “Marry My Husband”, kehadiran BoA sebagai watak jahat lain telah menimbulkan jangkaan besar penonton. Keputusan BoA untuk kembali ke pentas drama selepas lapan tahun dan sebagai watak misteri dan tertutup memberikan minat yang lebih besar.

Sementara itu, drama ini mengisahkan tentang Kang Ji-won (Park Min-young) yang menyaksikan suaminya curang bersama rakan baik sendiri, dan dibunuh, lalu kembali ke masa sepuluh tahun yang lalu untuk mengubah takdir mereka.

image is not available

Agak membanggakan apabila “Marry My Husband” berjaya meraih rating tinggi iaitu 11.1% untuk episod terbarunya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.