“Tak Perlu Pun..” – Tular Hingga 3 Juta Tontonan, Klip Lakonan Lee Gikwang Dalam ‘Marry My Husband’ Dikritik Teruk

1 Feb 2024 • 12:49 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Setelah lama menyepi, Lee Gi-kwang akhirnya kembali sebagai pelakon menerusi drama “Marry My Husband”.

Bagaimanapun, lakonannya dalam drama itu telah menerima kritikan dari penonton dek nampak kaku dan juga atas satu sebab ini.

Baru-baru ini, satu hantaran yang bertajuk ‘Orang Dari Gyeongsang-do Cakap: Sila Berhenti’ telah tular di laman X dan turut memuat naik klip lakonan Lee Gi-kwang dari “Marry My Husband”.

Khususnya dalam babak itu, Lee Gi-kwang mengucapkan tahniah kepada watak Park Min-young atas perkahwinannya dengan menggunakan loghat orang Gyeongsang-do.

Malangnya, loghat yang dilontarkan tidak begitu menjadi dan dia terus menerima kritikan lebih-lebih lagi dari mereka yang berasal dari wilayah tersebut.

Antara komen yang ditulis menerusi laman komuniti dalam talian,

Serius, kalau awak tak boleh nak bercakap dengan dialek yang betul, maka jangan lakukannya.

 

Saya rasa mereka tidak mempunyai kakitangan yang berasal dari Gyeongsang-do.

 

Tak perlu la pakai dialek aduhh..

 

Dia kedengaran seperti orang Seoul yang mencampurkan loghat Daegu dan Busan.

 

Adakah dia tidak berlatih? Dia sepatutnya minta orang asli Gyeongsang-do mengajarnya.

Hmm..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.