![Image from: Kekurangan Bukan Alasan, Pemuda OKU Cerebral Palsy Gigih Cari Rezeki Jadi Pemandu Grab [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/pemuda-oku-jadi-pemandu-e-hailing.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini pasti tidak lari dari diuji dengan ujian dan cabaran dalam kehidupan.
Ujian yang datang pula adalah berbeza-beza. Ada yang diuji dengan kewangan, pekerjaan serta keadaan diri sendiri.
Namun semua itu sedikit pun tidak mematahkan semangat buat mereka untuk meneruskan hidup seperti biasa.
Pemuda Cerebral Palsy Gigih Cari Duit Jadi Pemandu Grab, Mula Bekerja Awal Pagi
Tidak menjadikan kekurangan sebagai halangan, itulah yang dilakukan oleh seorang pemuda kurang upaya (OKU) dikenali sebagai Jack yang menghidap Cerebral Palsy sejak lahir.
Menerusi video yang dikongsikan di Facebook Zestie Malaysia, pemuda berbangsa Cina itu mendedahkan minatnya yang suka memandu kereta membuatkan dia memilih untuk menjadi pemandu e-hailing.
Jelas Jack yang kini berusia 26 tahun, dia telah memandu sejak umur 18 tahun dan telah menjadi pemandu Grab kira-kira tiga tahun lalu.
Kongsinya, dia akan memulakan kerja sebagai pemandu Grab seawal jam empat hingga lima pagi.
“Saya suka bawa kereta, setiap hari takkan berhenti,” katanya.
Buat Video Tentang Kehidupan Seharian, Gembira Jadi Insipirasi Kepada Orang Lain
Bukan hanya sekadar menjadi pemandu e-hailing, Jack yang popular di media sosial mendedahkan dia gemar membuat video yang memaparkan kehidupan dan aktiviti seharian.
Menariknya, setiap video yang dimuat naik oleh Jack disunting oleh dirinya sendiri.
“Saya edit sendiri. Saya belajar edit sendiri,” katanya.
Terang Jack lagi, dia berasa gembira apabila video tentang kehidupannya menjadi inspirasi dan penguat semangat buat orang lain.
“Saya gembira bila ada orang komen video saya. Ada orang komen ‘bila dia rasa nak putus asa, dia tengok video saya.’ Dia jadi lebih semangat. Saya gembira sebab saya boleh bantu mereka,” jelasnya.
Bukan itu sahaja, ada juga penumpang Jack yang meluahkan rasa kagum dengan kemampuannya memandu walaupun keadaan Jack serba kekurangan.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sering Dapat Pandangan Negatif Segelintir Pihak
Namun, pemuda itu tidak terkecuali mendapat pandangan negatif dari segelintir pihak.
Pun begitu, itu sedikit pun tidak mematahkan semangat Jack untuk terus hidup.
“Ada juga (penumpang) yang cakap tidak baik, dia takut nak naik. Dia tak nak saya bawa. Saya sedih tapi tak apa, saya boleh dapat pelanggan lain,” jelasnya.
Kongsi Jack lagi, dia juga pernah menjadi mangsa buli segelintir individu yang melihat kekurangannya itu.
“Sebenarnya saya dibuli juga tapi saya tak mahu fikir sangat. Mereka tak faham saya. Kalau mereka faham, mereka takkan cakap buruk tentang saya,” katanya lagi.
Melalui video itu juga, Jack turut menitipkan pesanan buat orang ramai.
“Jangan putus asa. Teruskan perjuangan. Buat apa yang anda nak buat. Jangan fikir banyak-banyak. Apa yang anda alami, mesti ada makna atau sebabnya,” kata Jack.
Ramai Kagum Lihat Semangat Jack
Video yang telah mendapat 978,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang kagum melihat semangat pemuda berkenaan yang tidak menjadikan Cerebral Palsy yang dihidapinya sebagai halangan.
Malah, ada yang terus menitipkan kata-kata semangat buat Jack untuk terus kuat menempuh kehidupan.
Namun ada juga yang meluahkan kerisauan dan kebimbangan mereka sekiranya ada sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan keadaan Jack yang sebegitu.
Ini antara komen menarik pengguna Facebook:
“Saya Cukup Kagum Dengan Orang Macam Ni, Tak Pernah Nak Menyusahkan Orang Atau Harapkan Bantuan, Hidup Dengan Kemampuan Sendiri”
![Image from: Kekurangan Bukan Alasan, Pemuda OKU Cerebral Palsy Gigih Cari Rezeki Jadi Pemandu Grab [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/pemuda-oku-jadi-pemandu-grab_netizen_4.jpg)
“Bangga Dengan Jack. Semangat Untuk Berjuan dan Cari Duit Sendiri”
![Image from: Kekurangan Bukan Alasan, Pemuda OKU Cerebral Palsy Gigih Cari Rezeki Jadi Pemandu Grab [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/pemuda-oku-jadi-pemandu-grab_netizen_2.jpg)
“Awak Hebat, Semoga Terus Hebat. Ibu Bapa Awak Juga Hebat Membesarkan Awak Dengan Sempurna”
![Image from: Kekurangan Bukan Alasan, Pemuda OKU Cerebral Palsy Gigih Cari Rezeki Jadi Pemandu Grab [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/pemuda-oku-jadi-pemandu-grab_netizen_3.jpg)
“Semoga Tiada Ambil Kesempatan Ke Atas Dia, Tak Menyakiti Dia, Semoga Setiap Langkah Dia Keluar Mencari Rezeki Dilindungi Tuhan”
![Image from: Kekurangan Bukan Alasan, Pemuda OKU Cerebral Palsy Gigih Cari Rezeki Jadi Pemandu Grab [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/04/pemuda-oku-jadi-pemandu-grab_netizen_5.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: Pemuda OKU Gigih Jual Air Guna Motor Buat Ramai Raih Pujian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki OKU Rajin Bekerja Meski Hanya Boleh Guna Sebelah Tangan Undang Sebak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pekerja OKU Di R&R Raih Pujian, Gigih Bekerja Walaupun Ada Kekurangan [Video]






