
Kota Kinabalu: Kelab Taekwondo Han Loong berharap dapat memperbaiki pencapaian dalam Kejohanan Taekwondo Terbuka dan Remaja Sabah Ke-8 yang bermula hari ini di Kompleks Sukan Keningau.
Kelab yang ditubuhkan pada 2020 itu menduduki tempat ketiga pada penampilan sulung mereka dalam acara tahunan anjuran Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah di Putatan tahun lepas.
Kebanyakan pingat emas mereka datang daripada acara poomsae dan Presiden Roger Chow menggesa para atlet agar meningkatkan atau sekurang-kurangnya mengekalkan pencapaian mereka tahun lepas.
“Kami akan cuba mengekalkan penguasaan kami dalam acara poomsae dan pada masa sama cuba yang terbaik untuk meningkatkan prestasi kami dalam acara kyorugi,” kata Roger yang juga pengurus pasukan.
Pasukan itu diwakili 58 atlet diiringi Master Ervin Ambu, Master Liew Chee Ming dan beberapa jurulatih termasuk Alex Emmanuel Siaw dan Wong Yuet Lin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
