
Kota Kinabalu: Kelab Taekwondo Hang Loong Sabah merangkul sembilan pingat emas, empat perak dan satu gangsa pada Kejohanan Taekwondo Wu Kwon yang berlangsung di Dewan Velodrom Johor, Iskandar Puteri, baru-baru ini.
Lapan daripada pingat emas diperoleh daripada acara poomsae menerusi Avril Corbett Lojingon (sepak laju dan poomsae individu 9-11 perempuan A), Aleister Xavier Ng Zhen Xi (9-11 individu lelaki), Elsa Virgil Koay Jia Hui (9-11 tahun individu perempuan), Leonard Xavier/Daphne Effieny Koay Jia Yi (beregu campuran), Allyson Ashley Ng Zhi Xin (12-14 perseorangan perempuan), Alexis Callie Ng Zhi Xuan (15-17 perseorangan lelaki) dan Joey Reigner Ginajim/ Sherrielyn Anne Sylor (15- 17 pasukan campuran), manakala satu lagi emas dimenangi oleh Nur Faghilah Wong dalam acara kyorugi (15-17 wanita).
Pemenang pingat perak ialah Leonard (poomsae 9-11 tahun individu lelaki), Daphne Effieny (poomsae 9-11 tahun individu perempuan), Sherrielyn Anne Sylor (poomsae 15-17 tahun individu perempuan), Jasnaiah Jade Gordon Mani (kyorugi lelaki berumur 15-17 tahun) dan satu-satunya gangsa disumbangkan oleh Joey Reigner (poomsae individu lelaki 15-17).
Presiden kelab Roger Chaw berkata perolehan lapan emas mereka dalam acara poomsae juga menyaksikan mereka muncul kelab kedua terbaik keseluruhan dalam acara itu.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more “Kami adalah pasukan poomsae terbaik dalam kategori 9-11 tahun dan 15-17 tahun manakala dalam kategori 12-14 tahun, kami mendapat tempat kedua,” katanya.
Pasukan itu diwakili oleh 17 atlet diiringi Master Ervin Ambu, jurulatih Alex Emmanuel Siaw dan Natahali Abigai Justin.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
