
PAPAR: Seramai 70 penunggang skuter Kelab Skuter House Borneo berkonvoi dari Kota Kinabalu ke Kampung Kuala Laut Dalam, Pantai Manis pada Ahad lalu.
Konvoi berkenaan bertujuan bagi menjayakan program khidmat masyarakat yang menyasarkan 190 keluarga nelayan tempatan.
Pengerusi penganjur Rijahan Aliaprah yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Menteri berkata program anjuran bersama Kelab Skuter House Borneo dan Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Pantai Manis itu antara lain untuk memperkukuh hubungan antara komuniti dan kelab permotoran menerusi aktiviti kebajikan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Ia menunjukkan ikatan silaturahim antara peserta kelab dan masyarakat kampung.
“Kita memuji komitmen ahli kelab yang sanggup meluangkan masa hujung minggu untuk menyertai program ini yang sudah memasuki edisi ketiga,” katanya.
Sementara itu Presiden Kelab Skuter House Borneo Ferdinand Arthur berharap program seumpama ini akan diteruskan demi manfaat komuniti di seluruh negeri.
“Memandu skuter adalah hobi yang sihat dan program seperti ini membuka mata masyarakat tentang peranan positif kelab kami,” ujarnya.
Turut hadir memeriahkan acara Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pantai Manis Rahman Latip @ Awang Ameng; Ketua Wanita PGRS Pantai Manis Mazrah Mahali; Ketua Beliawanis Pantai Manis Shaza Elfeera; Ketua Kampung Kuala Laut Dalam Madiaman Osman serta Pegawai Khas kepada Datuk Armizan Mohd Ali (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup merangkap Ahli Parlimen Papar) Fairoz Yahya.
