Kelab Terkemuka Iran Dilapor Tawar RM1.3 Juta Untuk Khidmat Arif Aiman

LocalFootball
10 Jan 2025 • 11:35 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Bintang bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilaporkan menjadi buruan sekurang-kurangnya tiga kelab terkemuka Iran untuk beraksi dalam saingan Liga Persian Gulf Pro.

Arif Aiman ditawarkan RM1.3 juta oleh kelab terkemuka Iran

image is not available

Foto: JOHOR Southern Tigers

Menurut laporan Harian Metro, sumber mengatakan salah satu kelab Iran tersebut dilaporkan sanggup menawarkan kontrak pinjaman bernilai AS$300,000 (RM1.3 juta) untuk tempoh enam bulan.

“Memang ada tawaran daripada beberapa kelab Iran, sekurang-kurangnya tiga kelab yang amat berminat untuk membawa Arif Aiman bermain di sana.

“Tawaran bukan biasa-biasa, ada satu kelab itu tawarkan AS$300,000, kalau duit kita satu juta lebih, tapi ada kelab lain juga tawar lebih tinggi.

“Tapi bukan senang nak bawa Arif Aiman kerana ia perlu mendapat persetujuan pihak kelab (JDT),” dakwa sumber itu.

image is not available

Foto: JOHOR Southern Tigers

Sebelum ini, tular di laman sosial apabila nama Arif Aiman terkait dengan kelab Iran, Persepolis.

Selain Persepolis, Tractor FC yang kini menduduki tangga pertama Liga Persian Gulf Pro antara kelab yang dikaitkan dengan pemain sayap skuad Harimau Malaya tersebut.

“Kelab Iran ini berminat sebab mereka terpegun dengan aksi lincahnya bersama JDT dalam saingan ACLE (Liga Juara-Juara Asia Elit) dan ketika beraksi di Piala Asia Qatar, Januari tahun lalu,” jelas sumber tersebut.

Namun, kemungkinan agak sukar untuk JDT melepaskan Arif Aiman memandangkan prestasinya yang cemerlang dalam saingan ACLE.

Setakat ini, Arif Aiman telah meledak empat gol dan berada dalam senarai penjaring terbanyak ACLE.

Sumber: Harian Metro (Firdaus Hashim)