Kelak Anda Boleh Log Masuk WhatsApp Guna Akaun Instagram Atau Facebook

TechnologyDigital
21 Jan 2025 • 11:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta hari ini berkongsi berkenaan perkembangan terbaru untuk ciri Account Center – iaitu hab setempat untuk menguruskan identiti dan akaun untuk perkhidmatan dibawah Meta. Melalui kemaskini hari ini, Meta mengumumkan kelak mereka akan memperkenalkan ciri baharu pada WhatsApp yang membolehkan akaun WhatsApp ditambah ke Account Center.

image is not available

Dengan langkah ini, pengguna akan diberikan pilihan untuk tambah akaun WhatsApp ke Account Center, dan seterusnya menguruskan semua akaun-akaun dibawah Meta. Ini sekaligus akan memudahkan anda untuk log masuk kembali ke WhatsApp – sama ada menggunakan akaun Instagram atau Facebook, selain alternatif kepada menggunakan nombor telefon.

Meta turut mengatakan ini juga akan diperluaskan untuk menguruskan avatar profil anda, sokongan melibatkan Meta AI dan sebagainya di satu tempat dengan mudah.

Ciri ini akan diperkenalkan secara berperingkat kepada semua dalam bulan-bulan akan datang. Meta menekankan ciri ini ditawarkan sebagai pilihan, dan mereka yang berminat boleh menggunakannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved