Kelak, anda mungkin perlu jerit ke TV untuk skip iklan

Technology
13 Jan 2023 • 8:00 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Satu Tweet yang sedang tular adalah tentang satu paten yang mengandungi cara pengguna perlu lakukan untuk langkau (skip) sesuatu iklan semasa menonton video.

image is not available

Berdasarkan gambar rajah itu, dipaparkan yang pengguna perlu menjerit nama jenama iklan itu untuk langkau dan dalam kes gambar rajah, McDonald's! Melalui hasil carian paten di Internet, seorang pengguna berjaya menemui dokumen asal permohonan patent itu.

Ia adalah paten yang telah dipohon oleh Sony Interactive Entertainment LLC (Sony) dalam tahun 2009 dan telah diluluskan dalam bulan Mac 2018 lalu. Paten yang dimohon mengandugi pelbagai cara interaksi pengguna dengan iklan.

Tentang interaksi menggunakan suara, mikrofon akan digunakan untuk menangkap suara penonton sebelum melangkau iklan. Tidak setakat melangkau iklan, ganjaran khas boleh diberikan untuk setiap kejayaan interaksi seperti pemberian kupon menerusi emel, SMS ataupun mata ganjaran yang boleh dihimpunkan.

Sumber: Techradar

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved