Kelak SKMM Boleh Meminta Infrastruktur Telekomunikasi Dibangunkan Di Kawasan Pedalaman Bagi Tujuan Keselamatan Negara

LocalPolitics
13 Jul 2026 • 3:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Malaysia kelak akan memperkenalkan pindaan kepada undang-undang telekomunikasi untuk membolehkan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dan Malaysia untuk mengarahkan pembangunan infrastruktur telekomunikasi untuk dibangunkan di kawasan-kawasan pedalaman untuk tujuan memperbaiki keselamatan negara.

Pindaan ini merupakan lanjutan kepada pelan Penyediaan Perkhidmatan Sejagat (Unversal Service Provisioning) di bawah Akta Multimedia 1998 dan telah dibentangkan oleh Menteri Komunikasi Dato’ Seri Fahmi Fadzil di Dewan Rakyat untuk kali pertama.

Menara Telekomunikasi

Beliau mengatakan bahawa kategori tambahan ini adalah untuk mewujudkan rangka kerja penyediaan perkhidmatan sejagat yang lebih komprehensif, dengan mengambil kira evolusi industri komunikasi dan multimedia, kemajuan teknologi dan keperluan negara dari aspek keselamatan.

Sekiranya pembentangan baru ini diluluskan, kelak Menteri Komunikasi boleh mengarahkan pihak SKMM untuk membangunkan infrastruktur rangkaian internet mudah-alih baru dan memperkenalkan perkhidmatan rangkaian internet di kawasan-kawasan pedalaman ini atas tujuan memperbaiki lagi keselamatan negara.

Dalam pada itu, beliau turut mengatakan bahawa ketetapan penggunaan sebab keselamatan negara akan ditentukan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara. Pembentangan untuk pindaan ini akan dilakukan sewaktu mesyuarat Parlimen kedua yang sedang dijalankan sehingga Khamis ini.

Sumber: The Edge

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved