“Kelakarlah, Yang Tinggalkan Komen Bukan ‘Followers’ Saya Pun” – Daiyan Trisha ‘Block’ Netizen Selepas Dikecam Berbaju Jarang

LocalEntertainment
26 Nov 2024 • 10:22 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Gara-gara penampilan ketika menghadiri konsert Dua Lipa dikecam, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha memilih untuk menyekat akaun netizen yang disifatkan sebagai tidak bermanfaat.

Daiyan atau nama lengkapnya Daiyan Trisha Mohd. Nasaruddin berkata, tindakan itu dilakukan kerana mereka bukanlah peminat sejatinya sebaliknya hanya hadir untuk mencari kesalahan selain melemparkan komen negatif.

image is not available

Kelakarlah, yang tinggalkan komen negatif dekat hantaran terakhir saya bukannya pengikut saya pun!

 

Kamu semua ke sini hanya untuk tinggalkan komen yang tak diminta?

 

Kamu semua tak peduli tentang saya dan apa yang saya lakukan. Pelik betul. Sudah sekat!

image is not available

Perkara itu telah dikongsikan menerusi Instagram Story milik penyanyi itu.

Walaupun dihujani kritikan dan kecaman daripada netizen, penyanyi itu dilihat tidak terkesan dengan komen negatif dilemparkan.

image is not available 1 day ago

"Tahu Lah Minat, Tapi Tak Perlu 'Follow'..." - Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha