“Done blocked” – Daiyan Trisha Dikecam Pakai Baju Jarang Tapi Ramai Yang Komen Bukan ‘Follower’?

Entertainment
26 Nov 2024 • 1:00 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, penyanyi antarabangsa, Dua Lipa membuat konsert jelajah dunianya dan hujung minggu lalu pelantun lagu New Rules itu membuat konsert di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Selebriti Malaysia, Daiyan Trisha turut menghadiri konsert tersebut namun mendapat kecaman hebat daripada netizen kerana outfit yang dipakainya agak menjolok mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Daiyan Trisha (@daiyantrisha)

Dalam video tersebut, pelakon filem Project: Anchor SPM itu berkongsi momen dia bersiap untu ke konsert tersebut, dia kemudiannya memilih baju yang jarang sehingga menampakkan pakaian dalamnya.

Ruangan komen hantaran itu dipenuhi dengan kecaman kepada penyanyi berusia 30 tahun itu yang dikatakan tidak sopan.

image is not available

Pun begitu, menerusi IG Story, Daiyan memberi respon mengatakan dia agak hairan mengapa ramai yang meninggalkan komen di hantaran terbarunya itu bukan dari kalangan pengikutnya di Instagram.

image is not available

“Rasa kelakar pula apabila yang komen di hantaran terbaru saya adalah mereka yang tidak mengikuti saya.

Adakah anda sengaja meninggalkan komen sebegitu? Kau tak peduli pun pasal aku, apa yang aku buat atau siapa aku. Pelik. Done blocked,” tulisnya.

Daiyan bagaimanapun tidak memberikan kenyataan lain berkaitan hantaran itu dan hanya kekal tenang memuat naik IG Story seperti biasa.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.