Kelantan isytihar 19 Mac cuti kelepasan am sempena Aidilfitri

15 Mar 2026 • 5:02 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Nassuruddin. Foto fail Bernama

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, keputusan itu dipersetujui kerajaan negeri bagi memberi laluan kepada rakyat membuat persiapan menyambut lebaran selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang Aidilfitri.

Menurut beliau, cuti tambahan tersebut melibatkan 29 Ramadan 1447 Hijrah yang bersamaan dengan 19 Mac.

"Ia bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut hari lebaran dan mengurangkan kesesakan lalu lintas," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau berharap cuti berkenaan dapat dimanfaatkan oleh rakyat negeri ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

"Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta," katanya.

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.