Persiapan Lebaran, MB Kelantan Umum 19 Mac Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri

LocalPolitics
15 Mar 2026 • 5:46 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Menteri Besar Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud berkata, keputusan itu dipersetujui kerajaan negeri bagi memberi laluan kepada rakyat membuat persiapan menyambut lebaran selain membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas menjelang Aidilfitri.

MB Kelantan Umum 19 Mac Cuti

image is not available

Menurut beliau, cuti tambahan tersebut melibatkan 29 Ramadan 1447 Hijrah yang bersamaan dengan 19 Mac.

“Ia bagi memberi laluan kepada persiapan menyambut hari lebaran dan mengurangkan kesesakan lalu lintas,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

image is not available

Artikel lain: Henti Buat Spekulasi! Jabatan Kesihatan Kelantan Siasat Punca Doktor Pelatih Wanita Ditemui Tak Bernyawa

Dalam pada itu, beliau berharap cuti berkenaan dapat dimanfaatkan oleh rakyat negeri ini untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

“Semoga cuti hari kelepasan am ini menjadi peluang berharga untuk dimanfaatkan bersama keluarga tercinta,” katanya.

image is not available

Beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam.

Sumber: FB Mohd Nassuruddin Haji Daud

The post Persiapan Lebaran, MB Kelantan Umum 19 Mac Cuti Kelepasan Am Sempena Aidilfitri appeared first on Borak Daily.