
KOTA BHARU: Pohon pitis secara rasminya diisytiharkan sebagai warisan Kelantan dalam istiadat bersejarah di Istana Balai Besar, di sini hari ini.
Pengisytiharan itu disempurnakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra yang berkenan mencemar duli untuk menyempurnakan sendiri istiadat sekali gus sekali gus merasmikan Festival Senjata Warisan Kelantan 2026.
“Beta merasmikan Festival Senjata Warisan Kelantan dan mengisytiharkan bahawa Pohon Pitis sebagai Warisan Kelantan,” titah baginda pada Majlis Perasmian Festival Senjata Warisan Kelantan dan Pengisytiharan Pohon Pitis Sebagai Warisan Kelantan, di sini hari ini.
Tengku Muhammad Fakhry kemudian berkenan mencemar duli melawat ruang pameran sebelum berangkat pulang.-UTUSAN.
The post Kelantan isytihar pohon pitis sebagai warisan negeri appeared first on Utusan Malaysia.






