JDT mahu teruskan momentum kemenangan 

FootballSports
28 Aug 2026 • 12:16 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: JDT mahu teruskan momentum kemenangan 

JOHOR BAHRU: Johor Darul Ta’zim (JDT) bersedia menjadikan Star City FC sebagai mangsa belasahan seterusnya apabila kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam ini.

Keyakinan itu hadir selepas menang besar ke atas Kelantan Red Warrior FC (KRW) 9-0 pada Rabu lalu sekali gus meneruskan rentak kemenangan dalam saingan liga.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu berkata, tempoh persiapan yang singkat bukan alasan buat penyandang juara itu mempamer taring mereka dan menundukkan lawan di gelanggang keramat JDT.

Munoz mengingatkan skuad Harimau Selatan agar tidak memandang rendah keupayaan lawan dan mempamer corak permainan berintensiti tinggi bagi memastikan tiga mata berada dalam genggaman.

“Selepas menang ke atas KRW sebelum ini, kami ada masa tiga hari untuk membuat persiapan rapi bagi mencari ramuan terbaik selain mengkaji permainan pasukan lawan.

“Hasil analisa dalam tempoh singkat itu, kami akan tampil dengan strategi dan perancangan ampuh bagi mematahkan helah pasukan pelawat dan mencari jalan untuk mencipta jaringan secepat mungkin.

“Disebabkan berdepan jadual perlawanan yang padat, kami perlu menguruskan pasukan dengan baik, menurunkan kesebelasan terbaik yang cergas sepenuhnya bagi memastikan misi meraih kemenangan berhasil,” katanya.

Dalam pada itu, Munoz memberitahu, skuad Harimau Selatan perlu memperkemas dan memanfaatkan situasi bola mati sebaiknya bagi menjelmakan jaringan.

“Ini adalah aspek yang perlu kita berikan tumpuan penuh. Dalam perlawanan menentang KRW sebelum ini, kita memperoleh 14 sepakan sudut dan berjaya menghasilkan satu gol sahaja.

“Dari aspek serangan yang lain, pemain baharu sudah mula menunjukkan keserasian dan ia boleh dipertingkatkan bagi memastikan setiap serangan dilancarkan lebih efisien,” katanya. –UTUSAN

The post JDT mahu teruskan momentum kemenangan  appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved