Kelantan rekod mangsa terjejas banjir paling tinggi

12 Dec 2022 • 5:46 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pasir Mas membantu memindahkan penduduk Kampung Serongga ke PPS Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang berikutan kediaman mereka dilanda banjir ketika tinjauan hari ini. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Kelantan terus merekodkan jumlah mangsa terjejas banjir paling ramai di dalam negara setakat jam 4 petang Isnin yang melibatkan 1,626 orang terdiri daripada 504 keluarga.

Menurut laporan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), kesemua mangsa di negeri itu ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) yang terletak di daerah Pasir Mas.

Di seluruh negara, terdapat 10 daerah masih terjejas banjir di empat lagi negeri lain iaitu Terengganu, Pahang, Johor dan Perak.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir kepada seramai 2,409 orang daripada 722 keluarga.

Di Terengganu, sebanyak enam PPS dibuka membabitkan 209 mangsa 55 keluarga, diikuti Pahang (tiga PPS dan 405 mangsa daripada 121 keluarga), Johor (dua PPS dan 34 mangsa daripada 11 keluarga) dan Perak (satu PPS dan 134 mangsa daripada 31 keluarga).

Dalam pada itu, sebanyak sembilan PPS ditutup pada Isnin.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved