Kelantan Sambut Baik Belanjawan 2027, MB Zahir Penghargaan Kepada PM

LocalPolitics
10 Oct 2026 • 5:19 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kelantan Sambut Baik Belanjawan 2027, MB Zahir Penghargaan Kepada PM

Kerajaan Negeri Kelantan menyambut baik peruntukan Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat, khususnya yang melibatkan pembangunan negeri berkenaan.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, kerajaan negeri turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Perdana Menteri atas peruntukan yang diumumkan dalam Belanjawan 2027.

Kelantan Sambut Baik Belanjawan 2027

Menurutnya, antara perkara yang diumumkan termasuk perancangan Projek Empangan Lebir sebagai salah satu inisiatif untuk menangani masalah banjir dan bekalan air bersih di Kelantan.

"Inisiatif ini bakal menjadi penyelesaian jangka panjang, seiring dengan penyiapan fasa kedua Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok serta pembinaan Takungan Air Pinggiran Sungai dan Loji Rawatan Air di Machang yang kini berada pada peringkat reka bentuk.

"Usaha ini turut diperkukuh melalui pelaksanaan giat kerja-kerja penggantian paip air usang," katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mohd Nassuruddin berkata, pengoperasian Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Gombak ke Kota Bharu pada Disember ini, selain penyambungan landasannya ke Rantau Panjang, dijangka melengkapkan lagi jaringan pengangkutan di negeri berkenaan.

Katanya, pengumuman pembinaan sebuah stesen bas bersepadu dengan Stesen ECRL Kota Bharu turut dilihat sebagai langkah positif dalam meningkatkan kemudahan pengangkutan awam.

Bagaimanapun, beliau berharap agar cadangan penyambungan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Terengganu ke Kelantan turut diberikan perhatian bagi memastikan pembangunan lebih seimbang antara wilayah.

"Walau bagaimanapun, demi memastikan pembangunan yang lebih seimbang antara wilayah, Kelantan berharap agar cadangan penyambungan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari Terengganu ke Kelantan turut diberikan perhatian," katanya.

Baca juga:

Selain pembangunan infrastruktur, kerajaan negeri turut menyambut baik hasrat Kerajaan Persekutuan untuk melengkapkan Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian dengan teknologi pembedahan robotik.

Kerajaan Persekutuan turut mengumumkan pembinaan tabika untuk masyarakat Orang Asli di Kampung Angkek dan Pos Belatim.

Mengulas lanjut, Mohd Nassuruddin menyatakan keyakinan bahawa Belanjawan Persekutuan 2027 dan Belanjawan Negeri Kelantan 2027 yang dijadual dibentangkan pada 29 Oktober ini bakal membawa berita baik kepada rakyat negeri itu.

Menurutnya, keyakinan tersebut turut disokong oleh hubungan baik antara Kerajaan Negeri Kelantan dengan Kerajaan Persekutuan.

Beliau percaya kerjasama antara kedua-dua pihak mampu menyokong usaha pembangunan dan kesejahteraan rakyat Kelantan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved