Kelantan terendah, hanya 3 penderma organ sejak 1976

12 Sep 2023 • 6:10 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Pendermaan organ di Kelantan terendah, dengan hanya tiga orang sejak inisiatif itu diperkenalkan 47 tahun lalu.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan (JKNK), Dr Zaini Hussin, berkata kadar pendermaan organ hanya mencatatkan 0.01% daripada tiga juta populasi penduduk negeri itu.

“Setakat ini, kadar pengikrar derma organ di Kelantan adalah 0.4%, iaitu 7,500 orang. Jumlah itu satu angka yang terlalu rendah berbanding negeri lain,” katanya menurut Kosmo.

Beliau berkata, isu agama dan tanggapan negatif terhadap pendermaan organ antara faktor menyumbang kepada peratusan rendah itu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more “Mungkin ada yang berasakan prosedur pendermaan boleh menyeksa mayat, tetapi fatwa sudah dikeluarkan yang pendermaan organ dibolehkan.

“Sekiranya isu agama yang membawa kepada persepsi tertentu terhadap pendermaan organ, kita sudah mengambil kira pandangan ulama berkaitan isu ini,” katanya menurut Sinar Harian selepas Majlis Perasmian Penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ Peringkat Kelantan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Zaini berkata, statistik Pusat Sumber Transplan Nasional sehingga Julai lalu menunjukkan 10,747 pesakit dalam senarai menunggu transplan organ.

Beliau menghargai keputusan sukar waris, tetapi pada masa sama bersikap terpuji kerana memberi kehidupan baharu kepada pesakit memerlukan.

“Kami sebenarnya berusaha melaksanakan prosedur secepat mungkin dan dengan sempurna dan kaedah itu juga boleh dimaklumkan kepada orang ramai bagi menarik bakal penderma organ.”

Katanya, pendermaan kornea, tulang dan kulit boleh dilakukan selepas kematian otak serta jantung, tetapi jika jantung masih berfungsi dengan bantuan ubat, jantung, hati, paru-paru dan buah pinggang boleh didermakan.

“Secara kesimpulannya, seorang penderma boleh menyelamatkan empat hingga lapan nyawa.”

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.