Kelantan tetap laksana pelarasan tarif air - Mohd Nassuruddin

5 Feb 2024 • 6:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohd Nassuruddin meninjau lokasi kejadian terjun dari jambatan selepas menunaikan solat hajat bagi memohon perlindungan dan keselamatan di Jambatan Tendong pada Isnin. Foto Bernama

PASIR MAS - Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan pelarasan tarif air di negeri itu yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat selain ia turut dilaksanakan di seluruh negara.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, langkah itu diambil selaras dengan pengumuman oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan ia sudah dipersetujui.

“Kenaikan ini di seluruh negara dan bukan melibatkan Kelantan sahaja. Itu sahaja jawapan saya kepada persoalan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis solat hajat bersama lebih 500 penduduk di Jambatan Tendong di sini pada Isnin.

Terdahulu, Mohd Nassuruddin bersama lebih 500 penduduk menunaikan solat hajat yang diimamkan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan Wazir Che Awang di atas Jambatan Tendong iaitu lokasi yang dikatakan kerap berlaku kejadian terjun ke dalam sungai bunuh diri. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved