Mohd Nassuruddin: Kelantan tetap laksana pelarasan tarif air

5 Feb 2024 • 6:32 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PASIR MAS: Kerajaan Kelantan tetap melaksanakan pelarasan tarif air di negeri itu yang akan memberikan kebaikan kepada rakyat selain ia turut dilaksanakan di seluruh negara.

Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata langkah itu diambil selaras dengan pengumuman oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan ia sudah dipersetujui.

“Kenaikan ini di seluruh negara dan bukan melibatkan Kelantan sahaja. Itu sahaja jawapan saya kepada persoalan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas hadir majlis solat hajat bersama lebih 500 penduduk di Jambatan Tendong di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Nassuruddin bersama lebih 500 penduduk menunaikan solat hajat yang diimamkan Penasihat Kesatuan Pondok Kelantan Wazir Che Awang di atas Jambatan Tendong iaitu lokasi yang dikatakan kerap berlaku kejadian terjun ke dalam sungai bunuh diri. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved