Kelantan Umum Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Penjawat Awam Negeri

3 Apr 2024 • 4:46 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Kelantan Umum Bantuan Khas Aidilfitri Kepada Penjawat Awam Negeri

KOTA BHARU, 3 April (Bernama) — Kelantan mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri RM500 seorang kepada penjawat awam Gred 56 dan ke bawah di negeri berkenaan.

Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata bantuan itu akan diberikan sebelum Selasa depan, melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan RM5.3 juta.

“Berdasarkan mesyuarat hari ini kita bersetuju memberi Bantuan Khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam bagi Gred 56 ke bawah sebanyak RM500 seorang.

“Selain itu bayaran penghargaan ini akan turut diterima pegawai lantikan politik termasuk ahli majlis, penghulu, penyelaras pembangunan armalah, guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan sebanyak RM250,” katanya dalam sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) di Kota Darulnaim, di sini, hari ini.

Beliau berkata pemberian itu adalah sebagai menghargai jasa dan bakti pegawai serta petugas kerajaan negeri sempena Aidilfitri ini.

Sementara itu, Nassuruddin turut mengumumkan 9 April ini sebagai cuti peristiwa di Kelantan.

“Cuti peristiwa ini diberikan bagi memberi peluang kepada rakyat Kelantan membuat persiapan Aidilfitri yang dijangka jatuh pada Rabu ini (10 April ini).

“Pada masa sama kita mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas memandangkan perantau sudah pulang,” katanya.

Sumber: Bernama