Kelantan Ventures ditubuh teroka rantaian nilai industri O&G, perkasa Tok Bali sebagai hab minyak dan gas

LocalBusiness & Finance
12 Aug 2026 • 12:34 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kelantan Ventures ditubuh teroka rantaian nilai industri O&G, perkasa Tok Bali sebagai hab minyak dan gas Image from: Kelantan Ventures ditubuh teroka rantaian nilai industri O&G, perkasa Tok Bali sebagai hab minyak dan gas johardy12/08/2026 - 12:34 Oleh Mohamad Iman editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 12 Ogos - Kerajaan Kelantan menubuhkan Kelantan Ventures Sdn Bhd (KVSB) bagi memperluas penyertaan negeri itu dalam industri minyak dan gas (O&G), dengan memberi tumpuan kepada pembangunan rantaian nilai serta memperkukuh kedudukan Tok Bali sebagai hab aktiviti minyak dan gas.

 

Syarikat tujuan khas (SPV) di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan itu akan meneroka peluang meliputi pangkalan bekalan, logistik, perkhidmatan sokongan huluan dan hiliran serta sektor tenaga.

 

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Fadzli Hassan berkata, penyertaan negeri itu bukan hanya tertumpu kepada aktiviti pengeluaran petroleum, sebaliknya membina keupayaan dalam ekosistem O&G yang lebih luas.

 

“Penyertaan kita memberi tumpuan kepada pembangunan rantaian nilai industri termasuk pangkalan bekalan, logistik, perkhidmatan sokongan huluan dan hiliran, selain meneroka peluang dalam sektor tenaga,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan hari ini.

 

Tok Bali akan menjadi antara komponen utama strategi berkenaan menerusi Tok Bali Supply Base dan Tok Bali Industrial Park, yang dijangka menyokong perkembangan aktiviti O&G serta perkhidmatan berkaitan di Kelantan.

 

Perancangan itu turut mengambil kira integrasi dengan rangkaian logistik Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) pada masa hadapan bagi meningkatkan kesalinghubungan Tok Bali dan menyokong pembangunan ekosistem industri yang lebih menyeluruh.

 

KVSB bina keupayaan dan cari rakan strategik

Fadzli berkata, KVSB kini membina keupayaan, meneroka peluang pelaburan serta menjalin kerjasama dengan syarikat bereputasi dalam rantaian nilai industri minyak dan gas.

Kelantan Ventures Sdn Bhd


Penubuhan syarikat itu juga bertujuan memastikan penyertaan Kelantan dalam industri berkenaan dapat memberi manfaat kepada rakyat negeri itu, selain menyumbang kepada pembangunan ekonomi yang mampan.

 

Bagaimanapun beliau berkata, Kelantan perlu mengambil kira kerangka perundangan sedia ada, termasuk Akta Kemajuan Petroleum 1974, dalam menentukan bentuk penyertaannya dalam industri berkenaan.

 

Fadzli turut menjelaskan, kedudukan Kelantan dari segi perlembagaan berbeza daripada Sarawak yang mempunyai hak tertentu di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

 

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Nasriff Daud @ Daut Yatimee (PN-Pengkalan Pasir) sama ada kerajaan negeri berhasrat menubuhkan sebuah perbadanan minyak dan gas bagi Kelantan seperti yang dilaksanakan di Sarawak.

 

Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Temangan berkata, kerajaan negeri akan terus memperkukuh keupayaan institusi dan menilai model penyertaan paling sesuai dalam industri O&G berdasarkan kerangka perundangan sedia ada. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved