‘Kelat turun berat badan 100kg ketika fasa musth, keadaan masih terkawal’ – MPT

21 Sep 2026 • 9:39 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Gajah Kelat di Tennoji Zoo, Osaka yang kini sedang melalui fasa musth.

Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menjelaskan gambar tular yang memperlihatkan gajah jantan, Kelat dalam keadaan kelihatan terlalu kurus tidak menggambarkan keadaan sebenar haiwan berkenaan ketika ini.

Menurut MPT, Kelat sememangnya mengalami penurunan berat badan kira-kira 100 kilogram (kg), namun keadaan itu berlaku ketika gajah berkenaan sedang melalui fasa musth yang berterusan sejak 18 Ogos lalu.

Bagaimanapun, keadaan Kelat dilaporkan masih baik dan terkawal, selain kekal aktif serta memberikan kerjasama ketika menjalani latihan bersama penjaganya.

Berdasarkan perkembangan terkini yang diterima daripada Tennoji Zoo di Osaka, Jepun, Kelat turut menunjukkan respons yang baik terhadap penjaga. Ketika rondaan pada waktu pagi dan petang, gajah itu juga beberapa kali dilihat mengikuti penjaga di sepanjang laluan.

Baca juga:

Dalam pada itu, Tennoji Zoo sedang memantau tanda-tanda musth Kelat dengan lebih terperinci termasuk peningkatan rembesan daripada kelenjar temporal serta keadaan bahagian paha dalam yang sentiasa basah akibat air kencing.

Cecair badan yang mempunyai sifat seperti benang turut diperhatikan, manakala pihak zoo akan terus merekod dan mengukur kuantiti rembesan kelenjar temporal, air kencing serta tanda berkaitan bagi memantau perkembangan fasa berkenaan.

MPT berkata, keadaan seekor gajah tidak seharusnya dinilai berdasarkan sekeping gambar semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira pemerhatian berterusan terhadap tingkah laku, pengambilan makanan, berat badan serta pemantauan penjaga dan pihak veterinar.

Zoo Taiping & Night Safari pula akan terus mendapatkan perkembangan terkini daripada Tennoji Zoo dan mengambil berat mengenai kebajikan Kelat yang kini dipantau rapi. MPT turut memaklumkan gambar terbaharu yang disertakan dalam kenyataan berkenaan dirakam pada 17 September lalu di Tennoji Zoo.

The post ‘Kelat turun berat badan 100kg ketika fasa musth, keadaan masih terkawal’ – MPT appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved