
Kerajaan bersetuju menaikkan jumlah kelayakan cuti bersalin bagi penjawat awam daripada 360 hari kepada 490 hari sepanjang tempoh perkhidmatan menerusi Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menerusi penambahbaikan itu, penjawat awam layak menikmati cuti bersalin sehingga maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran, tertakluk pada jumlah kelayakan keseluruhan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Dalam usaha menyokong keperluan penjagaan anak, kerajaan turut menyediakan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi menambah baik pusat penjagaan anak di fasiliti kerajaan.






