Belanjawan 2027: Cuti Bersalin Penjawat Awam Ditambah, Pencen Minimum Naik Kepada RM1,350

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 6:20 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

Belanjawan 2027: Cuti Bersalin Penjawat Awam Ditambah, Pencen Minimum Naik Kepada RM1,350

KUALA LUMPUR - Tempoh kelayakan cuti bersalin penjawat awam sepanjang perkhidmatan akan ditingkatkan kepada 490 hari berbanding 360 hari sebelum ini, manakala kadar pencen minimum bulanan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM1,350 menerusi Belanjawan 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata tempoh cuti bersalin turut dilanjutkan kepada maksimum 98 hari bagi setiap kelahiran.

Selain itu, sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi menaik taraf pusat jagaan kanak-kanak di premis kerajaan.

Kenaikan kadar pencen minimum itu dijangka memberi manfaat kepada hampir 59,000 pesara, veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta penerima pencen terbitan.

Dalam pada itu, Anwar merakamkan penghargaan kepada 1.6 juta penjawat awam atas dedikasi dan khidmat bakti mereka dalam melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan negara, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. - Getaran, 9 Oktober 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved