
Pertahanan skuad bawah 16 tahun negara, Mohamad Amsyar Naufal, menegaskan dia dan rakan sepasukan sudah siap sedia sepenuhnya bagi menghadapi India dalam aksi terakhir kumpulan Kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun.
Menyedari tugas berat menanti di Cheras, tonggak berusia 16 tahun kelahiran Beseri, Perlis itu bagaimanapun percaya peluang masih terbuka buat Harimau Muda dan fokus mereka hanyalah untuk mencatatkan kemenangan ke atas India yang bakal turun dengan rekod bersih tanpa tewas dalam tiga perlawanan terdahulu.
Kali terakhir Malaysia berjaya beraksi di pentas utama adalah pada 2023, dengan pencapaian terbaik pada 2014 apabila mara sehingga suku akhir.
"Kami telah melakukan persiapan yang baik berdepan India dan kami tetap yakin layak ke Piala Asia," kata Amsyar.
"Gol awal membantu meningkatkan tahap keyakinan. Kami tidak melabel mereka sebagai pasukan yang kuat kerana kami percaya dan yakin dengan kemampuan pasukan ini."




