Kelayakan Piala Asia B-17: Komen Shukor Adan mengenai ketumpulan penyudah anak buah

15 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kelayakan Piala Asia B-17: Komen Shukor Adan mengenai ketumpulan penyudah anak buah

Ketua jurulatih skuad B-16 negara, Shukor Adan, mengakui lega apabila pasukannya merealisasikan misi tiga mata sulung dalam saingan peringkat kumpulan, kempen kelayakan Piala Asia B-17 selepas menewaskan jiran tetangga, Singapura.

Meskipun menang, Shukor mengakui masih banyak aspek yang perlu diperbaiki Harimau Muda, terutama ketajaman penyudah menyempurnakan deretan peluang terhidang yang diraih sepanjang perlawanan.

Jelasnya, pujian wajar diberikan kepada pasukannya yang pamer semangat juang tinggi meskipun diberi tentangan hebat lawan.

Bekas kapten Harimau Malaya itu percaya kemenangan yang dilakar malam tadi itu mampu memberi suntikan semangat buat barisannya menjelang aksi seterusnya menentang Guam pada Selasa depan.

"Kelemahan kami adalah (tentang) bagaimana untuk sumbat bola ke dalam gol.

"Daripada perlawanan pertama lagi, kami mengawal hampir keseluruhan permainan dan hari ini, daripada segi statistik pun kami melancarkan 10 serangan dan lapan daripadanya tepat ke sasaran.

"Kami sudah bincang dan cuba perbaiki (kelemahan penyudah) dalam latihan tapi kalau sudah rezeki pada minit-minit akhir tetap Allah SWT aturkan.

"Kerja keras pemain harus diberikan pujian.

 

 

 

 

"Kami tidak boleh selesa walaupun menang ke atas Singapura esok. Kami akan buka buku baharu untuk lawan Guam. (Usah) pedulikan hiraukan keputusan pasukan lain dan yang penting pemain beri komitmen hingga perlawanan terakhir," katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.


Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, itu Malaysia terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Saifullah Mahruzi sebelum Izzan Rifqi Farid menyamakan kedudukan menuju rehat babak pertama.

Penyerang gantian, Fahim Akmal Zulkarnain, muncul wira skuad negara apabila tenang memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan Singapura untuk meledak jaringan kemenangan pada minit ke-89 perlawanan.

Ketua jurulatih Singapura, Ashraf Ariffin, akur apabila pasukannya gagal untuk sekurang-kurangnya mengutip satu mata, sekali gus menutup rapat peluang mereka layak ke pusingan akhir Piala Asia B-17 selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam tiga perlawanan.

"Pastinya kami kecewa tidak mencapai kemenangan tapi secara keseluruhan permainan seimbang dan kami beraksi dengan kompetitif tetapi kekurangan dalam beberapa aspek.

"Kedua-dua pasukan saling bersaing sengit," katanya pula. 
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved