Kelayakan Piala Asia B-17: Shukor Adan mahu skuad negara mulakan kempen dengan kemenangan

6 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kelayakan Piala Asia B-17: Shukor Adan mahu skuad negara mulakan kempen dengan kemenangan

Ketua jurulatih skuad bawah 16 tahun negara, Shukor Adan, menegaskan kepentingan memulakan kempen kelayakan Piala Asia Bawah 17 Tahun dengan langkah kanan apabila berdepan Palestin Ahad ini.

Menurutnya, setiap perlawanan membawa kepentingan tersendiri, namun kemenangan dalam aksi pertama amat penting bagi memberikan permulaan positif kepada perjalanan pasukan dalam kempen berkenaan.

Shukor mengakui tekanan perlawanan pembukaan pasti dirasai semua pasukan, tetapi anak buahnya perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri sebaik mungkin.

Dengan baki tiga hari sebelum kempen bermula, beliau gembira melihat komitmen penuh ditunjukkan seluruh pemain dan menyifatkan persiapan pasukan setakat ini berjalan mengikut perancangan.

Sementara itu, pertahanan negara, Adam Muqri Muhaizam, menegaskan kesediaan dirinya bersama rakan sepasukan untuk menyahut cabaran barisan kejurulatihan.

Beliau mahu memastikan skuad negara mampu mengutip tiga mata penuh dalam setiap perlawanan, selain percaya kepantasan pemain menjadi antara kelebihan Malaysia berbanding pasukan lawan.

Bagi skuad negara, permulaan dengan kemenangan bukan sahaja penting untuk kutipan mata, malah mampu meningkatkan keyakinan menjelang aksi seterusnya dalam kempen kelayakan itu.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved