Kelayakan Piala Asia B-17: Skuad negara dihukum bola mati Palestin

LocalFootball
8 Nov 2026 • 12:00 AM MYT
Stadium Astro
Stadium Astro

The latest sports results, news, match highlights, schedules and more

Kelayakan Piala Asia B-17: Skuad negara dihukum bola mati Palestin

Skuad remaja negara bimbingan Shukor Adan pasrah apabila langkah kiri ketika membuka kempen Kumpulan E, kelayakan Piala Asia B-17 di laman sendiri, sebentar tadi.

Skuad B-16 negara berdepan beberapa peluang pada awal saingan, sayangnya buntu dan Palestin sebaliknya bijak memanfaatkan sepakan percuma yang diraih untuk menggegar gawang negara pada minit ke016 menerusi jaringan Yazan Khalifah.

Barisan Harimau Muda negara gigih mencari peluang untuk mencipta gol penyamaan tetapi segala usaha tidak membuahkan hasil.

Sekali lagi Palestin menggunakan satu lagi situasi bola pegun untuk menghukum benteng negara dalam aksi di Cheras itu, dan kali ini terhasil menerusi penyudah Yousef Butsami.

Barisan muda negara tiada pilihan selain kebangkitan untuk kembali menghidupkan peluang kelayakan merit ke Uzbekistan apabila turun untuk tugasan kedua menentang Singapura, Sabtu depan.

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved