Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Harimau Malaya Tewas 0-2 Di Tangan Oman

27 Mar 2024 • 12:13 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

image is not available

Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027: Harimau Malaya Tewas 0-2 Di Tangan Oman

KUALA LUMPUR — Malaysia gagal memanfaatkan bermain di laman sendiri apabila tewas 0-2 buat kali kedua di tangan Oman dalam perlawanan keempat Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) sebentar tadi.

Bermain di laman sendiri, Harimau Malaya bermula dengan baik apabila pemain paling bernilai Liga Malaysia, Arif Aiman Hanapi mempunyai peluang keemasan meletakkan Malaysia di hadapan namun digagalkan oleh penjaga gol lawan.

Dalam pada itu, pelawat turut mempunyai beberapa peluang di hadapan gawang gol Malaysia, termasuk situasi satu lawan satu namun ketangkasan Ahmad Syihan Hazmi berjaya mematahkan serangan Oman.

Bagaimanapun, di penghujung babak pertama, Oman melancarkan serangan bertali arus sebelum dihadiahkan sepakan penalti selepas Syihan menjatuhkan pemain lawan dalam kotak penalti.

Omar Al-Malki tenang menyempurnakan sepakan tersebut untuk meletakkan pelawat di hadapan 1-0 pada minit-minit kecederaan sebelum memasuki bilik persalinan.

image is not available
Gambar: FAM

Pertukaran dua pemain oleh Kim Pan-gon pada awal babak kedua dengan memasukkan Endrik Dos Santos dan Brendan Gan berjaya mengubah rentak permainan.

Malaysia hampir mendapatkan gol penyamaan menerusi Romel Morales pada minit ke-59 namun penjaga gol Oman lebih pantas untuk keluar menepis keluar bola.

Kemasukan Paulo Josue dan Akhyar Rashid menambahkan lagi ketajaman di barisan hadapan dalam mencari gol pertama tuan rumah.

image is not available
Gambar: FAM

Bagaimanapun, pertahanan lawan kekal kebal menyerap tekanan yang dilakukan oleh tuan rumah. Kelekaan tuan rumah dalam mencari gol dihukum Mohammed Al Ghafri dengan gol kedua pelawat sekaligus mengunci kemenangan Oman.

Kemenangan ini menyaksikan Oman berada ditangga kedua Kumpulan D dengan mengumpul sembilan mata.

Manakala Kyrgyzstan melonjak ke tangga pertama juga dengan sembilan mata selepas mencatatkan kemenangan besar 5-1 ke atas Chinese Taipei.

Malaysia kekal ditangga ketiga dengan enam mata.

Tewas Di Gelanggang Lawan

Terdahulu, Malaysia tewas 0-2 kepada Oman dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat pada Jumaat lalu.

Kedua-dua gol masing-masing dijaringkan oleh pemain Issam Al-Sabhi pada minit ke-58 dan Muhsen Al-Ghassani pada minit ke-88.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved