Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM32,000

5 Jan 2024 • 10:45 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Gambar hiasan 123RF

BALIK PULAU - Polis menahan seorang lelaki dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan pelaburan dalam talian yang tidak wujud hingga menyebabkan mangsa kerugian RM32,597, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia 48 tahun itu ditahan di Bayan Lepas, pada Rabu oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Daerah Barat Daya hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan.

"Pihak polis telah menerima laporan daripada mangsa bersangkut laporan di Bayan Lepas yang telah terpedaya pelaburan dalam talian tidak wujud oleh sindiket penipuan dan bertindak daripada itu, kita berjaya menahan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan siasatan awal, mangsa telah melakukan transaksi ke beberapa akaun bank berbeza dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM32,597," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved