“Kelemahan Saya Bila Nampak Wanita Lebih Cantik Dari Isteri” – Jawapan Suami Ini Buat Netizen Panas

27 Aug 2025 • 1:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial satu rakaman temubual oleh staf sebuah restoran popular, Pak Mat Western, yang menemubual sepasang suami isteri.

Dalam sesi santai itu, si suami ditanya mengenai kelemahannya sebagai seorang suami.

Namun jawapan lelaki tersebut mengejutkan ramai apabila dia dengan selamba berkata,

Kelemahan saya ialah bila saya jalan dengan isteri saya dan tiba-tiba saya nampak wanita yang lagi cantik daripada isteri saya.

Reaksi spontan si isteri yang kelihatan terkejut dan sedikit terkilan jelas terakam dalam video tersebut, sekali gus mencetuskan pelbagai komen daripada warganet.

Rata-rata netizen mengkritik tindakan lelaki itu yang dianggap tidak menjaga hati isterinya, malah ada yang menyifatkan jawapan itu tidak sensitif walaupun mungkin hanya sekadar gurauan.

image is not available

Setakat ini, video berkenaan terus dikongsikan semula di pelbagai platform, sekali gus menjadi topik hangat perbincangan dalam kalangan netizen.

image is not available 2025-08-27 11:18:51

Anzalna Nasir Reda Jika Suami Curang - "Semua Pinjaman Tuhan"