Kelibat Buaya Dilihat Di Taman Tasik Seksyen 7 Shah Alam, Tali Penghadang & Perangkap Dipasang

LocalEnvironment
3 Sep 2024 • 3:14 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial tentang kelibat buaya di Taman Tasik Seksyen 7, Shah Alam dan ia menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan pengunjung taman tersebut untuk beriadah.

Susulan itu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tampil bertindak segera dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan PERHILITAN telah mengambil tindakan segera.

Menerusi Facebook, MBSA memaklumkan tali penghadang telah pun dipasang sebagai langkah keselamatan dan pemantauan juga akan dibuat dari semasa ke semasa.

image is not available

image is not available

Selain itu, Jabatan PERHILITAN Negeri Selangor juga akan meletakkan banner peringatan di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam serta memasang perangkap bagi menangkap buaya tersebut.

image is not available

image is not available

Dalam pada itu, orang ramai juga diminta untuk berhati-hati dan jika perlu elakkan pergi beriadah di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam.

 

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 weeks ago

Pihak Berkuasa Robohkan 'Mini Santorini' Di Cameron Highlands, Rupanya Dibina Secara Haram