Kelibat Pengasas eHati & 4 Individu Curi Perhatian, Tiba Di Mahkamah Shah Alam Untuk Proses Reman

LocalPolitics
16 Jul 2025 • 12:27 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kelibat enam individu termasuk pasangan pengasas eHati yang dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam mencuri tumpuan lensa kamera apabila mereka tiba kira-kira jam 10 pagi ini.

Kesemua mereka dibawa masuk ke galeri mahkamah satu jam selepas tiba dengan kawalan ketat anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah.

Menurut Kosmo, mereka dibawa ke mahkamah untuk proses permohonan reman yang dibuat di hadapan Ameera Mastura Khamis.

image is not available

Terdahulu, pengasas eHati , Diyana Tahir dan suaminya iaitu Rahim Shukor telah ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas mereka memberikan keterangan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan polis terhadap program motivasi rumah tangga itu kini ditumpukan kepada tiga jenis kesalahan.

Kes tersebut kini telah diklasifikasikan dibawah kertas siasatan Seksyen 294 dan 504 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil.

image is not available 2025-07-15 16:15:43

Pengasas Program eHati Ditahan Polis Lepas Beri Keterangan Di IPD Petaling Jaya