Kelindan Lori Berlagak Samseng Tumbuk Anggota JPJ Dipenjara

4 Jan 2024 • 9:38 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Sebelum ini tersebar video menunjukkan seorang lelaki yang merupakan kelindan lori menumbuk anggota JPJ, Jabatan Pengangkutan Jalan.

Kejadian itu berlaku di Jitra pada 22 November tahun lalu. Suspek rasa tidak puas hati selepas petugas menahannya kerana melihat lori jenis rigid Luton model Nissan Vanette dalam keadaan mencurigakan.

Kenderaan tersebut telah diarahkan untuk berhenti namun pemandu enggan memberi kerjasama. Ketika berjaya ditahan di Jalan Tasik Darul Aman, pihak yang terlibat telah melakukan kekerasan jenayah dan menghalang penjawat awam daripada melakukan tugas.

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat tiga kesalahan yang telah dikesan iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) Tamat Tempoh, Tiada Perlindungan Insurans dan Perakuan PUSPAKOM Tamat Tempoh. – Kata Pengarah JPJ Kedah, Aman Shah Hashim.

Suspek kemudian dijatuhkan hukuman penjara satu hari dari tarikh sabitan dan denda sebanyak RM4,000.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved